Penerimaan dan jualan Sony Xperia Z

Xperia Z memperoleh reviu positif kebanyakannya daripada pengkritik. Damien McFerren daripada CNET memberikan telefon tersebut 4 bintang setengah daripada lima dan berkata "Sony Xperia Z menggabungkan rupa, prestasi dan ketersambungan untuk menghasilkan satu diantara pengalaman Android yang paling menarik hati yang jarang kita lihat. Sayangnya tiada Android 4.2 semasa pelancaran, dan skrin 5 inci itu tidak sesuai untuk semua orang, tetapi tiada komplen lain. Ia sememangnya telefon terbaik Sony setakat ini, dan ia juga merupakan antara telefon Android terbaik pernah dilancarkan".

Android Central juga memberikan reviu positig terhadap telefon, dengan mengatakan, "Bagi peminat Android, Sony Xperia Z merupakan salah satu daripada tumpuan utama sepanjang CES yang agak senyap. Sebuah telefon 5 inci 1080p dengan bahasa reka bentuk baharu yang berani serta teknologi kamera baharu, Xperia Z mungkin telefon paling menarik hati semasa pertunjukan. Dan hanya beberapa bulan kemudian, ia boleh didapati di UK. Tidak syak lagi si manja baharu Sony Mobile ini merupakan antara telefon Android terbesar dan tercanggih".

Seperti pengkritik, maklum balas pengunjung terhadap telefon sangat positif. Semasa CES 2013, Xperia Z memenangi anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik' dan ‘Persembahan Terbaik'.[23] Menurut eksekutif, Mcdougall, jualan awal Xperia Z amat memberangsangkan. Beliau menyatakan, "Ia (telefon pintar Xperia itu) sudah terjual lebih 150,000 unit semasa minggu pertama di Jepun, dan terus merampas 24 peratus pasaran." "Ia mungkin agak terlalu awal untuk menyatakannya tetapi petanda awal sangat positif."[24]

Rujukan

WikiPedia: Sony Xperia Z http://support.bell.ca/_web/Guides/user-guides/Mob... http://www.itbusiness.ca/it/client/en/home/News.as... http://www.cnbc.com/id/100497206 http://defendgun.com/2012/12/27/sony-three-anti-13... http://gadgetmania.com/2013/02/sony-xperia-z-packi... http://www.gsmarena.com/sony_xperia_z-5204.php http://www.jariphone.com/xperia/xperia-z-hands-mam... http://blogs.sonymobile.com/2013/07/25/on-android-... http://blogs.sonymobile.com/2013/11/07/on-jelly-be... http://blogs.sonymobile.com/2014/10/16/were-bringi...